0

Kalkatu

Assalamualaikum..

Petang Jumaat yang hening ditemani senario kemendungan awan,umpama langit yang diselubungi kegelapan yang membawa petanda hujan bakal menyimbah datang dari langit. Tiba-tiba Allah memunculkan satu hajat di qalbu ini untuk berkongsi artikel dengan anda semua. Insya-allah dengan izinNya, akanku kongsi kisah makhluk ciptaan Allah SWT yang famous digelar kalkatu oleh masyarakat Malaysia kemungkinan Indonesia panggil kalkatu juga. Insya-allah,sama-samalah kita memperoleh ikhtibar daripada artikel ini & dapat berkongsi kepada rakan-rakan kita. Semoga Allah membalas semua jasa baik kita. Amiin. Maaf dah panjang pula taipanku kali ini. Tanpa membazir patah bicara, Let's read! Have fun! ^.^

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAKSANA dan MAHA MENGETAHUI.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Seorang hamba Allah ini lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung dia sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu?
Di hati kecilnya berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya dia terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.
Wallahua'alam.

Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
-Sayyidina Umar Bin Al-Khattab

MORAL & IKHTIBAR
• Allah memberikan otak (akal) kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu .

• Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .

• Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.
0

Nabi S.A.W Sentiasa Bersama-sama Golongan Tertindas dan Miskin

Assalamualaikum, Lama sudah tak update blog.Alhamdulillah hari ini dengan izin Ilahi dapat jua saya dapat berkongsi ilmu kepada anda semua.Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran serta ikhtibar daripada post kali ini.Selamat membaca :)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful .

Allah menyebutkan perihal kewujudan Nabi Muhammad di tengah-tengah kaum muslimin dalam surah at-Taubah, ayat 128 seperti berikut,"Datang kepada kamu seorang rasul dari kaum kamu sendiri. Dia merasa penderitaan kamu dan menginginkan keimanan serta keselamatan bagi kamu. Dia belas kasihan lagi penyayang kepada orang mukmin."

Dalam berdakwah, Nabi Muhammad memberi perhatian kepada kaum yang lemah. Nabi membebaskan, memperjuangkan dan menemani serta hidup diantara kaum yang tertindas seperti orang yang dianiaya, dizalimi dan orang miskin. Oleh sebab itulah, nabi mendapat gelaran ' Abu Masakin' yang bererti 'bapa orang-orang miskin'.


Apabila ada orang bertanya kepadanya dimana beliau selalu berada, nabi menjawab, "Carilah aku di antara orang-orang yang lemah diantara kamu. Carilah aku ditengah-tengah kelompok kecil diantara kamu." Nabi sering berdoa kepada Allah dengan doa berikut,"Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai orang miskin, matikan aku sebagai orang miskin dan bangkitkan aku pada hari kiamat juga bersama-sama orang miskin."

Perjuangan nabi ditengah-tengah masyarakat semakin lama semakin mendapat perhatian dan simpati masyarakat secara meluas. Namanya yang harum bukan hanya dirasakan oleh kaum muslimin, tetapi juga oleh para musuhnya. Ini kerana Nabi Muhammad memperjuangkan nasib semua manusia secara universal.

Peranan Nabi Muhammad dapat dibahagikan sebagai nabi dan rasul, sebagai hakim, sebagai mufti yang memberi fatwa, sebagai pemimpin masyarakat dan Muhammad dalamkehidupan peribadinya. Sewaktu beliau berbicara dalam kedudukannya sebagai Rasulullah, perkataannya pasti benar kerana Allah membimbingnya secara langsung.

Salah satu faktor kejayaan Nabi Muhammad adalah kekuatannya memegang akidah dan mampu menolak sebarang godaan. Beliau berkata."Demi Allah, seandainya mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan agama ini, aku tidak akan meninggalkannya."

Dengan kekuatan itu, nabi membimbing para sahabat dan kaum muslimin sehingga mereka memiliki empat kebiasaan yang positif iaitu membaca Al-Quran, berdakwah, berbincang perihal ilmu dan berdagang. Pada waktu yang sama, mereka melaksanakan ibadah dengan baik misalnya bersilaturrahim, berpuasa sunat, mengerjakan solat malam dan sebagainya.
Allah melantik Nabi Muhammad SAW sebagai 'ejen rahmatan lil 'alamin' bagi seluruh umat manusia. Baginda merupakan nabi dan rasul antarabangsa kerana risalahnya bersifat universal dan global, ditujukan kepada seluruh manusia, semua bangsa dan bahasa sehingga hujung zaman. Sesungguhnya, risalah atau ajaran Nabi Muhammad itu sempurna bagi memimpin manusia dalam mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat.

*Semoga kita semua dapat mencontohi Nabi Muhammad SAW. Inilah idola kita bukannya artis atau siapa-siapa.
0

Biar Miskin Harta Jangan Miskin Jiwa

Syukur kepada Ilahi,boring juga rasa asyik duduk depan pc, tanpa buat benda yang berfaedah..rasa nak post pulak article kat blog untuk dikongsi kepada rakan-rakan semua. Jom relax dengan membaca perkara yang berfaedah untuk mengisi masa di petang ramadhan ini. :)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagian atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagian, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. Begitu ramai penghibur yang bertaraf ‘five stars’ yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia. Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan.Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagian atau ketenangan jiwa.

Sesiapa yang kita lihat Allah SWT tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah SWT, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan..

Tidak semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagia perasaan dan jiwanya dari seorang guru tidak dipagari pengawal, tidak dikenali ramai melainkan murid-muridnya yang masih mentah dan terpencil.
Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya.

Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain. Mungkin meja makan orang besar itu hebat, layanannya istimewanya, makanannya mahal, tempat tidurnya empuk, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah, tetapi kebahagian dan ketenangan jiwa belum tentu muncul di celahan itu semua.
Bahkan, berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah SWT azabkan menerusi harta dan anak pinak mereka. Firman Allah SWT tentang golongan munafik :
(maksudnya)
Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah : ayat 55).

Islam bukan memusuhi harta, tanpa harta bukan punca sebenar ketenangan jiwa. Ramai insan apabila tidak memahami kebesaran Allah SWT menyangka bahawa harta dan kuasa adalah segala-segalanya. Lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya-raya dan berkuasa adalah sebagai orang yang tidak mendapat kurnian kebahagiaan daripada Tuhan. Seakan kurniaan Tuhan itu hanya tertumpu kepada empunya kuasa dan harta. Anggapan itu adalah kesilapan yang teramat. Ya! Harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwa jika dikendalikan dengan cara betul. Namun, jika tidak ia boleh bertukar menjadi punca derita dan sengsara. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya tidak dapat tidur lena dalam istana mewahnya, ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak berselera makan di hadapan hidangan mewahnya ketika si miskin dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang dibalut dengan daun pisang. Maha Agung Allah SWT, Dia memberi kurnian nikmatNya dengan pelbagai cara dan tanpa diduga.

Menceritakan
Berdasarkan satu ceramah Prof.Dr.Hamka R.H dalam satu rakaman. Beliau menceritakan bagaimana suatu hari ketika beliau menaiki kenderaan mewah dengan seorang kaya melalui sawah padi, tiba-tiba melihat seorang petani yang berehat dari kepenatan bekerja, sambil isterinya menghidangkan makan tengahari. Walaupun hidangan itu amat biasa sahaja, tetapi dimakan oleh petani itu dengan penuh selera.
Lalu orang kaya yang bersama Buya Hamka berkata: “Buya, saya ada rumah besar dan kenderaan mewah, tetapi tidak pernah berpeluang makan begitu berselera seperti petani itu.”
Ya! Demikianlah Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya. Sesiapa yang diberikan makanan yang lazat, belum tentu dapat menikmati kelazatan itu di lidahnya. Sesiapa yang diberikan tempat tinggal yang mewah, belum tentu dikurniakan kenikmatan tinggal di dalamnya. Maka, tidak hairan jika ada orang kaya, atau yang berkuasa kurang selera makan. Atau tidak hairanlah jika ada anak si kaya yang lari meninggalkan rumah mewah bapanya. Janganlah pula hairan, jika ada orang miskin yang setiap hari menikmati suapan yang masuk ke dalam mulutnya, dan nyenyak lenanya. Janganlah pula hairan jika ada perasaan yang lebih tenang di pondok using daripada di banglo yang tersergam indah.

Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, namun insan hendaklah tahu bersyukur atas segala kurniaan Allah SWT kepadanya. Yang miskin dan yang kaya hendaklah insaf bahawa tujuan daripada makanan dan tempat tinggal yang mewah itu adalah kesedapan dan keselesaan. Bukan semua yang memiliki kemewahan itu pula akan menikmatinya. Juga bukan semua tidak memilikinya, akan terhalang mengecapi kenikmatannya. Maha Besar Allah SWT yang membahagi-bahagikan kurniaan-Nya mengikut kehendak-Nya.


Kadang-kala apabila kita duduk di meja makan bersama orang kaya dan orang biasa. Kita lihat si kaya minum air kosong sahaja. Ditanya kenapa. Jawabnya, “ Saya ada diabetis”. Dia enggan makan kebanyakan lauk-pauk yang lazat telah dihidangkan, katanya, “ Saya ada sakit jantung dan darah tinggi”. Sementara ‘yang biasa-biasa di sebelahnya, makan dengan enak tanpa sebarang pantang.
Ya, memiliki sesuatu, belum tentu dapat menikmatinya. Untuk meminum air kosong dan nasi kosong tidak memerlukan harta yang banyak. Juga air kosong dan nasi kosong biasanya merupakan makanan si miskin yang tidak mampu memiliki. Jika Allah SWT mahu, orang yang berada di tengah kemewahan akan hidup bagaikan si miskin di tengah kefakiran.

Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, tetapi insan wajib insaf bahawa hanya Allah SWT yang menentukan segala kurniaan. Maka jangan kita sombong atas apa yang kita kelihatan memilikinya, dan janganlah pula kita berdukacita atas apa yang tidak Allah SWT kurniakan kepada kita. Entah berapa banyak nikmat yang telah Allah SWT halang orang lain merasainya, kita sangka mereka mengecapinya.
Kita semua harus insaf bahawa pergantungan sebenar dalam kehidupan ini hanyalah kepada Allah SWT. Maka, jangan kita menjadi hina jiwa ini di hadapan orang lain hanya kerana melihat kuasa dan harta yang berada di tangannya, lalu kita sangka mereka memiliki segala-gala. Jikapun kita kurang harta dan kuasa, janganlah kita miskin jiwa.

Apa yang ingin kita buru daripada kehidupan ini adalah ketenangan jiwa dan kebahagiaan perasaan. Bukan sekadar keseronokan atau kegembiraan yang berakhir dengan tamatnya sesuatu pesta atau sorakan semata-mata. Jika kebahagian dan ketenangan yang kita pilih, maka yang dapat memberinya hanyalah Allah SWT. Memiliki harta dan kuasa belum tentu dapat mencapainya. Maka jangan kita mengemis kepada penguasa atau si kaya dalam mencari ketenangan hidup. Merintihlah kepada Allah SWT, hanya Dia yang dapat menganugerahkan kita semua itu.
Firman Allah SWT : (maksudnya “ Sesiapa yang beramal soleh, sama ada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan” (Surah al-Nahl : ayat 97).

Ramai orang yang kita lihat kaya harta, tetapi miskin jiwanya. Kadang-kala mereka mengampu orang lain, sehingga ke peringkat yang memualkan, hanya semata-mata kerana dunia yang diharapkan. Apalah ertinya harta, jika kita miskin jiwa sehingga seakan menjilat orang lain. Harta dan kuasa itu amat diperlukan jika ia menjadikan kita seperti para khalifah yang soleh dan para hartawan yang bersyukur.

Memerdekakan
Islam apabila datang kepada manusia, ia memerdekakan jiwa manusia ini dari menjadi hamba sesama manusia, kepada hanya bertuhankan Allah SWT. Inilah yang disebut oleh Rib’I bin ‘Amir di hadapan Panglima Angkatan Tentera Parsi: “ Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/48, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Lihatlah Bilal bin Rabah r.a , walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekakan jiwanya. Dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat. Sekalipun tubuhnya diseksa pada terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk pada Ilahi. Malanglah seorang insan, jika tubuhnya merdeka, cukup makan dan minum, tiba-tiba jiwanya itu bersifat hamba kepada manusia sehingga melanggari batasan Allah SWT.

Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagian dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesame manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah SWT sahaja yang mampu member kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba kepada manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah SWT yang sebenar. Sesiapa yang menjadi hamba Allah SWT yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia.

Sabda Nabi SAW: “ Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)” . (Riwayat al-Tirmizi)

Daripada hadis ini, maka sesiapa yang benar-benar bergantung kepada Allah SWT, jiwanya akan merdeka dan mulia. Juga dunia itu juga akan sampai kepadanya dengan harga dan maruah dirinya tidak tercemar. Sesiapa yang bergantung kepada manusia, mungkin dunia itu akan sampai ke tangannya, tapi dia akan berada dalam kehinaan dan keluh kesah. Kebimbangan yang tidak putus akan sentiasa menjelma antara kedua matanya, kerana pergantungannya lemah. Orang mukmin yang sebenar bergantung kepada Allah SWT, Raja segala raja, Pemilik seluruh alam semesta. Sementara yang berjiwa hamba kepada manusia, akan bertawakal kepada raja atau pemimpin yang menunggu hari untuk mati atau ditumbangkan oleh orang lain seperti Raja Nepal.

Islam mengajar kita berjiwa merdeka, sekalipun kita miskin harta, gelaran dan pangkat. Jiwa yang merdeka daripada perhambaan sesama manusia kepada tunduk hanya untuk Allah SWT itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita memerlukan para pemimpin, sahabat handai, orang bawahan yang berjiwa merdeka.

Kita perlu mencontohi Pahlawan Islam,Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Beliau pernah menjadi sultan yang memerintah dari Mesir hingga ke Yaman, namun kehidupan beliau tidak semewah kehidupan pembesar-pembesar lain. Ketika Pahlawan Islam itu meninggal dunia, beliau tidak mempunyai rumah,istana dan hanya mempunyai wang simpanan 4 dinar sahaja.Seperti yang diperkatakan sebentar tadi,Islam mengajar kita berjiwa merdeka, sekalipun kita miskin harta, gelaran dan pangkat.Sesungguhnya Allah memandang seseorang hamba itu bukan pada hartanya,paras rupanya,kebendaannya atau sebagainya, tetapi Yang Maha Esa hanyalah memandang pada hambanya hanyalah pada satu organ. Organ itulah yang dipanggil 'Qalbu'.



Mutiara Kata & Wasiat

Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.”
(Wasiat Saidina Ali r.a)

Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.
(Wasiat Imam Al-Ghazali)
1

Tentera Allah (Ikan)

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa hari ini dapat juga post kat blog.Dapat kongsi cerita kepada saudara² & saudari² sekalian untuk menjadi hidangan masa lapang kita pada bulan yang Mulia ini..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful



Seorang nelayan bersusah payah mengail ikan bagi makanan seisi keluarga. Ketika dia mendapat seekor ikan yang masih mengelapar di mata kail, tiba-tiba datang orang lain merampasnya.


Setelah puas berusaha tetapi si perampas tetap tidak mengembalikan ikan tersebut. Akhirnya beliau menadah tangan berdoa mengadu kepada Yang Maha Esa yang berbunyi:


“Ya Allah, mengapa Engkau ciptakan aku sebagai orang yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas hak milikku ? Maka ciptakanlah Ya Allah makhluk yang lebih kuat dari dia. Kalahkan dia agar menjadi iktibar baginya”

Keluahan dan doa tadi tidak menakutkan perampas tadi malah dia terus membawanya pulang ke rumah dan dimasak mengikut citarasanya. Ketika beliau mencubit isi ikan, tiba-tiba dia tercucuk duri ikan tersebut. Tangan yang tersusuk duri itu semakin sehari semakin parah dan tidak sembuh-sembuh walaupun telah banyak berikhtiar. Akhirnya beliau berputus asa.

Pada satu malam beliau bermimpi seolah-olah mendengar kata-kata pemancing ikan. “Kembalikan ikan itu kepada pemiliknya ! kembalikan ! Itu bukan hakmu....!

Dia lantas terbangun dan menyedari kesalahan dirinya. Dia telah merampas ikan tersebut daripada seorang pemancing tempohari. Dia mesti mengembalikannya semula dan memohon kemaafan daripada pemancing tersebut.

Setelah penat berusaha, akhirnya beliau berjumpa juga dengan pemancing tersebut. Lantas dia menyerahkan wang 10,000 dirham sebagai gantirugi dan barulah hatinya lega.
Dengan kehendak Allah luka di tangannya beransur pulih dan semua penderitaannya selama inipun berakhir.

* Ada hadis berbunyi, dari
Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim)
Mengubah dengan hati itu ialah Doa kepada Khaliq
0

Rahsia & Khasiat Surah-surah Al-Quran

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful




1. BASMALAH
Maksudnya: Dengan nama Allah

Dengan izin Allah SWT yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa yang membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


2. SURAH AL-FATIHAH
Maksudnya: Pembukaan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barang siapa yang membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit cepat sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa yang membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah SWT dan bertambah baik keadaannya,serta bercahaya rohaninya.


3. AYAT AL-KURSI
Maksudnya: Kekuasaan Allah SWT

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sekali selepas setiap solat fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan.

Dan dengan izin Allah SWT, dengan membacanya juga seorang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa yang sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah SWT akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa yang berwudhuk lalu membacanya sekali, nescaya Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah SWT akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Kiamat.

Dan tersebut dalam hadis yang lain :
Barang siapa yang membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah SWT akan membuka pintu rahmat baginya hingga subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu,ia dikira mati syahid.


Imam Jaafar Shadiq r.a mengatakan :
Barangsiapa yang membaca sekali, nescaya Allah SWT akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kealpaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


4. SURAH AL-BAQARAH
Maksudnya: Sapi Betina

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan malapetaka.

5. SURAH ALI-IMRAN
Maksudnya: Keluarga Imran

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini,nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

6. SURAH AN-NISA’
Maksudnya: Perempuan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat di dunia ini.

7. SURAH AL-MAIDAH
Maksudnya: Hidangan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Dengan izin Allah SWT, barangsiapa yang membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, (keatas air) lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

8. SURAH AL-AN’AM
Maksudnya: Binatang ternakan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan ayat 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


9. SURAH AL-A’RAAF
Maksudnya: Benteng Tinggi

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah SWT, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah SWT.


10. SURAH AL-ANFAL
Maksudnya: Harta Rampasan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia di dunia ini.

11. SURAH AL-BARAAH
Maksudnya: Pemutus Perhubungan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafikan dan akan mencapai hakikat iman. Barangsiapa yang membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


12. SURAH YUNUS
Maksudnya: Yunus

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini,keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi buruk.

13. SURAH HUD
Maksudnya: Hud

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa yang membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang dan binatang yang liar. Barangsiapa yang membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.


14. SURAH YUSUF
Maksudnya: Yusuf

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa yang membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.


15. SURAH AR-RA’D
Maksudnya: Petir

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat yang ke-13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa yang membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

16. SURAH IBRAHIM
Maksudnya: Ibrahim

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bid’ah.

17. SURAH AL-HIJR
Maksudnya: Batu Gunung

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur,nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.


18. SURAH BANI ISRAIL
Maksudnya: Anak-anak Israil

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barangsiapa yang membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


19. SURAH AL-KAHFI
Maksudnya: Gua

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, akan terhindar dari kemiskinan kepapaan. Barangsiapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


20. SURAH MARYAM
Maksudnya: Maryam

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.


21. SURAH THAAHAA
Maksudnya: Thaahaa

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barangsiapa yang membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

22. SURAH AL-ANBIYA
Maksudnya: Nabi-nabi

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya akan mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah SWT.


23. SURAH AL-HAJJ
Maksudnya: Haji

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, Allah SWT akan membinasakan musuh-musuhnya.


24. SURAH AL-MU’MINUN
Maksudnya: Orang-orang Mukmin

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya keatas air, lalu diberi kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


25. SURAH AN-NUR
Maksudnya: Cahaya

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang yang buruk. Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


26. SURAH AL-FURQON
Maksudnya: Pembaca

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


27. SURAH AS-SYUA’ARA
Maksudnya: Ahli-ahli Syair

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


28. SURAH AN-NAML
Maksudnya: Semut

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah SWT akan kekal kepadanya.


29. SURAH AL-QASHASH
Maksudnya: Cerita

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barangsiapa yang membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.


30. SURAH AL-ANKABUT
Maksudnya: Labah-labah

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya demamnya akan. Barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


31. SURAH AR-RUM
Maksudnya: Rum

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


32. SURAH LUQMAN
Maksudnya: Luqman

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-segala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


33. SURAH AS-SAJDAH
Maksudnya: Sujud

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.


34. SURAH AL-AHZAB
Maksudnya: Golongan-golongan

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barangsiapa yang membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


35. SURAH SABA’
Maksudnya: Saba’

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


36. SURAH FAATHIR
Maksudnya: Pencipta

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.


37. SURAH YAASIN
Maksudnya: Yaasin

Nabi kita Muhammad SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin.” Hadis yang lain mengatakan: Barangsiapa yang membaca surah Yaasin kerana Allah SWT, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.”

Dalam satu hadis yang lain Baginda SAW bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah SWT akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”

Dalam satu hadis yang pula Baginda S.A.W bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yaasin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”

Barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali,pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barangsiapa yang membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istighfar untuk ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

Barangsiapa yang membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barangsiapa yang membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barangsiapa membacanya sekali pada awal pagi, andai kata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barangsiapa yang membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari seksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadis tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


38. SURAH ASH-SHAFFAT
Maksudnya: Yang Berbaris

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, insyaAllah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.


39. SURAH SHAAD
Maksudnya: Shaad

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dengan membaca ayat 42 dari surah ini,nescaya akan mendapat kebahagian sejati.




Mutiara Kata & Wasiat
“MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa
esok lusa kamu akan mati dan akan
menjadi mangsa cacing tanah.”

(Wasiat Imam Al-Ghazali)
1

Kerana Sebiji Kurma

Kali ini..daku ingin kongsi satu cerita about sebiji kurma. Selamat Membaca dan semoga boleh ambil ikhtibar daripada cerita ini.Segala keburukan daripada diriku sendiri dan segala kebaikan daripada Allah S.W.T. :D

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana 4
bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat masjidil haram,"
jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi
selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim
beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Makkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Makkah ia langsung menuju tempat
penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang
lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang
meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu
kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas
ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur
ku makan tanpa izinnya?"
"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.
Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya
11 orang. ? Saya tidak berani membelakangkan mereka
kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.."

"Dimana alamat saudara-saudaramu?Biar saya temui
mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim
bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya
selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma
milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan
kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah
Sakhra.
Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu
terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak
gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"Oh, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi,
waris pemilik kurma itu telah menghalalkan apa yg dimakan
oleh Ibrahim bin Adham. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali
dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

SUBHANALLAH…

Cuba bayangkan seseorang itu yang memakan harta orang lain,anak² yatim serta rakyat. Berapa orangkah yang perlu diminta untuk menghalalkan harta tsebut..?

MASYAALLAH...
2

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Post kali ni daku ingin share sama teman².Agar kita boleh sama² memanfaatkan ilmu pengetahuan. Selamat Membaca.




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com
 
Copyright © The Truth Of Life