Manusia dan Agama

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Daku telah terbaca satu buku yang menarik. Terlintas dalam hatiku supaya post kat blog untuk dikongsikan kepada teman-teman. ~~

Agama adalah satu pegangan hidup manusia di alam jagat ini. Tidak ada manusia yang tidak ada pegangan baginya, hatta manusia yang hidup bebas
bekeliaran di dalam hutan belantara juga tidak terlepas daripada pegangan dan kepercayaan. Walaupun, kepercayaan dan pegangan mereka itu dalam bentuk
tahyul sekalipun mereka percaya kepada roh-roh orang yang telah mati kononya masih hidup berkeliaran dan boleh mengganggu mereka di dunia ini.

Golongan Atheis juga mempunyai pegangan atau ideologi walaupun mereka mendakwa tidak ada tuhan dan tidak ada agama,mereka juga mengagung-agungkan
dan memuja pemimpin-pemimpin mereka samada yang hidup atau yang telah mati. Itulah pegangan atau akidah mereka. Justeru kerana inilah maka amat jelas dan ketara sekali
bahawa manusia walau dalam keadaan apa jua sekalipun tidak terlepas daripada agama. Dan kerana inilah maka munculnya bermacam-macam agama baik
yang Samawi yakni agama-agama yang diturunkan dari langit ataupun agama-agama bumi yang dicipta oleh manusia sendiri dan agama-agama inilah
yang menjadi teras pegangan kepada manusia yang kerananya mereka rela berkorban apa sahaja untuknya, malah rela menebusnya dan mempertahankan
dengan nyawanya sekali.

Rujukan : Islam Sebagai Addin

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © The Truth Of Life